DUA EKOR HARIMAU SESAT MASUK KAMPUNG, INI STATUS TERKINI HAIWAN TERSEBUT DARIPADA JABATAN PERHILITAN

KUALA TERENGGANU – Dua ekor harimau yang tersesat hingga menggemparkan penduduk Kampung Besol Lama, Bukit Besi dekat Dungun hari ini dipercayai telah memasuki semula ke hutan berhampiran.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, pemerhatian kakitangan agensi itu berdasarkan kesan tapak kaki mendapati haiwan liar terbabit telah kembali ke habitatnya di hutan berhampiran kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

“Begitu pun, pemerhatian masih diteruskan bagi menghadapi kemungkinan dua haiwan terancam itu kembali keluar dari kawasan habitatnya pada masa terdekat.

“Berdasarkan rekod kami, ini kes pertama harimau dilaporkan tersesat masuk ke dalam perkampungan di kawasan Bukit Besi, Dungun pada tahun ini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan penduduk Kampung Besol Lama, Bukit Besi gempar dengan kemunculan sepasang harimau yang dipercayai tersesat masuk ke perkampungan itu sejak pukul 9 pagi tadi.

Dalam pada itu, Abdul Malek menegur tingkah laku segelintir penduduk yang terlalu ghairah merakam kelibat dua ekor harimau tersebut sehingga terlalu hampir dengan haiwan liar terbabit.

Beliau berkata, keselamatan diri perlu diutamakan dengan tidak cuba menghampiri
harimau terbabit kerana tabiat haiwan liar yang yang kelihatan jinak berkenaan sukar diramal.

“Saya harap orang awam agar memberi kerjasama kepada kakitangan Perhilitan kerana kita perlu sentiasa berwaspada tentang kemungkinan harimau terbabit bertukar agresif.

Sumber : KOSMO ONLINE

TERKEJUT LELAKI INI TIBA TIBA BELAKANG BASAH DAN RUPANYA HARIMAU SEDANG MENJILAT. TINDAKAN LELAKI INI TERHADAP HARIMAU SELEPAS ITU MEMANG SANGAT BERANI

“at-below-post addthis_tool” data-url=”http://www.awatttsyeikhh.com/dua-ekor-harimau-sesat-masuk-kampung-ini-status-terkini-haiwan-tersebut-daripada-jabatan-perhilitan/” data-title=”Dua Ekor Harimau Sesat Masuk Kampung, Ini Status Terkini Haiwan Tersebut Daripada Jabatan Perhilitan – AS”>

“atstbx2″ class=”at-share-tbx-element addthis-smartlayers addthis-animated at4-show” role=”region” aria-labelledby=”at-f86082e1-c43c-4f18-bb29-7b0093d16002″>

BADAN dijilat dan hampir diterkam harimau menjadi detik mencemaskan seorang penduduk di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dungun, hari ini susulan kehadiran raja rimba itu di kawasan berkenaan.

Mohamad Harun, 61, berkata, dia nyaris menjadi mangsa ketika mengetuk kepala seekor harimau jantan yang menjilat bahagian belakang badannya pada 1.30 tengah hari.

“Ketika itu, saya memegang tangga sambil mendongak ke atas melihat anak, Amizan, 22, membaiki bumbung rumah.

“Bagaimanapun, bahagian belakang saya tiba-tiba terasa basah seperti dijilat dan saya menyangka anak bongsu bermain di belakang.

“Selepas dua kali mengetuknya, saya terasa ia berbulu dan sebaik menoleh, saya terkejut apabila melihat seekor harimau jantan setinggi lebih satu meter di belakang,” katanya.

Dia yang terkejut melihat harimau itu terus menjerit dan berlari masuk ke dapur manakala anaknya terjun ke bawah dan menyelamatkan diri masuk ke dalam rumah.

Mujur bahagian dapur rumah dekat dan pintunya terbuka, kalau tidak tidak tahulah apa akan jadi dan selepas itu harimau itu berlegar-legar di kawasan dapur.

“Saya keluar dari semula kira-kira 45 minit kemudian selepas haiwan itu beredar untuk mengambil pasir kerana mahu menyambung kerja membina rumahnya.

“Ketika berada di atas jambatan, tiba-tiba seekor harimau menerkam ke arah saya dan saya berlari sebelum terjun ke dalam sungai.

Itu harimau lain, harimau itu kecil sedikit dan saya rasa itu harimau betina kerana bulunya cerah sedikit berbanding harimau pertama,” katanya.

Katanya, selepas terjun ke dalam sungai, dia berlindung di bawah jambatan dan pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian.

“Ketika itu, saya tidak tahu penduduk lain terserempak dengan harimau itu kerana sibuk membaiki rumah dengan anak.

“Selepas dua kali terserempak, saya tidak berani keluar meminta tolong apatah lagi kedudukan rumah saya agak jauh dari kediaman penduduk lain.

“Saya bersyukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa harimau itu dan tidak dapat dibayangkan apa yang akan berlaku sekiranya ia menyerang kami,” katanya.

Dalam pada itu, Suzana Mustafa, 26, berkata, dia yang menunggang motosikal ke tempat kerjanya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi dikejar dan nyaris diterkam harimau yang keluar dari semak pada 2 petang.

“Suami, Zulkarnain Ismail, 31, yang menunggang motosikal di belakang menjerit meminta saya memecut laju motosikal kerana harimau itu semakin hampir dengan saya.

“Saya memecut laju sejauh kira-kira 300 meter dan mujurlah sebuah kereta yang kebetulan ada di belakang saya membunyikan hon dengan kuat sebelum haiwan itu masuk ke kawasan semak berhampiran.

Saya sangat takut dan bimbang dengan kandungan yang berusia enam bulan dan sepanjang kejadian itu, saya tidak putus berdoa agar tidak menjadi mangsanya,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "DUA EKOR HARIMAU SESAT MASUK KAMPUNG, INI STATUS TERKINI HAIWAN TERSEBUT DARIPADA JABATAN PERHILITAN"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*