Rupanya ini sebab bersalin di hospital kerajaan bukan swasta, Che Puan Khaleeda dapat pujian rakyat

Berita mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut keputeraan putera kedua memenuhi laman media sosial awal pagi tadi.

Terbaru, isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam yang bersalin di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sudah dibenarkan pulang ke kediaman bagi menjalani sesi berpantang.

Menerusi laman Instagram, Che Puan Khaleeda menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan kakitangan hospital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran tersebut.

“Thank you to all the staff at HSA, my amazing obstetrician Dr Ravi, the paediatricians, my incredible doula and everyone who was involved,” katanya.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen memuji tindakan pasangan diraja berkenaan yang memilih untuk bersalin di hospital kerajaan berbanding di swasta bagi melahirkan cahaya ketiga itu.

Wad diraja

Lagi ramai pakar daripada swasta

Respek la bersalin di hospital kerajaan!

Pasangan itu bernikah pada 2014 dan dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail. Sumber : Ismail Ibrahim , Khaleeda Bustamam

Artikel berkaitan: Tunku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda timang cahaya mata ketiga

KUALA LUMPUR: : Isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata ketiga malam tadi.

TMJ bekongsi berita gembira itu di laman Facebook rasminya pada awal pagi Rabu.

Menurut TMJ, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki.

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah peliharakan sultan,” tulisnya di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Entri tersebut juga memaparkan tiga keping gambar yang menunjukkan TMJ bersama isteri dan cahaya mata ketiga mereka di sebuah wad hospital.

Kelahiran terbaharu ini merupakan putera kedua buat pasangan diraja itu selepas Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini juga dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, 3, yang juga cahaya mata sulung mereka.

Sebelum ini, Che Puan Khaleeda memuat naik gambarnya bersama TMJ berserta dua cahaya mata mereka di laman sosial dengan memaklumkan bakal menerima ahli keluarga baharu.

“Sebelum kami menjadi sebuah keluarga lima orang,” menurut posting di Instagram miliknya pada Ahad lalu.

Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda telah melangsungkan perkahwinan pada 24 Oktober 2014. Sumber astro awani

Be the first to comment on "Rupanya ini sebab bersalin di hospital kerajaan bukan swasta, Che Puan Khaleeda dapat pujian rakyat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*