Tmj Kongsi Detik Selepas Dia Dan Che’ Puan Khaleeda Menimang Cahaya Mata Kedua.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat menyambut kelahiran putera kedua, cahaya mata ketiga pasangan itu hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi catatan di laman Facebook rasmi baginda, HRH Crown Prince of Johor kira-kira 2 pagi tadi.

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” titah Tunku Ismail menerusi catatan berkenaan yang turut disertakan tiga keping gambar di sisi Che’ Puan Khaleeda dan anakanda ketiga berkenaan.

Tunku Ismail, 35, yang mendirikan rumah tangga dengan Che’ Puan Khaleeda pada 24 Oktober 2014, dikurniakan puteri sulung Tunku Kalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun 2016.

Setahun kemudian, pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017.

Che’ Puan Khaleeda turut menyambut ulang tahun ke-26, semalam.

Sumber : Malaysia KINI

Kembara Mahkota Johor: Sultan Ibrahim mahu temui rakyat

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike’ pada jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019 mulai Sabtu hingga Ahad ini

Sultan Ibrahim bertitah baginda sudah bersedia untuk menjayakan jelajah KMJ 2019 selain memastikan keadaan motosikal juga dalam keadaan baik.

“Orang ramai jangan kecil hati jika tidak dapat berswafoto (selfie) bersama saya di setiap lokasi persinggahan ini kemungkinan disebabkan pergerakan awal bagi meneruskan perjalanan ke lokasi lain,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, di Johor Bahru hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah jarak perjalanan hampir 700 kilometer pada jelajah kali ini bukan menjadi halangan kepada baginda untuk menemui rakyat serta mendengar keluhan mereka.

Baginda bertitah, walaupun cuaca hujan atau panas, perjalanan akan tetap diteruskan merentasi 10 daerah di negeri ini.

“Saya tidak sabar untuk menemui rakyat dan jika mereka ada apa-apa keluhan untuk disampaikan…, saya sedia mendengar.

“Jika mereka ingin menyampaikan keluhan masing-masing menerusi surat, boleh serahkan surat berkenaan kepada pegawai atau juruiring saya,” titah Sultan Ibrahim.

Titah Sultan Johor kepada RPO yang merupakan pejabat media dan komunikasi keluarga Diraja Johor berkenaan kemudian dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi baginda hari ini.

Sumber : MALAYSIA KINI

1

Be the first to comment on "Tmj Kongsi Detik Selepas Dia Dan Che’ Puan Khaleeda Menimang Cahaya Mata Kedua."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*