Ini Pesanan Hafizh Syahrin Kepada Shuib Tentang Shuib Ingin Upgrade Lagi Barang Motor. Memang Pesanan Orang Lama, Padu

Dulu kalau kita sebut Shuib mesti ramai akan ingat Kumpulan Sepahtu dengan lawak jenaka rakyat dan bersahaja. Tetapi sekarang jika disebut nama Shuib Sepahtu, ramai akan cakap Shuib yang modified motor Y15zr dia tu ke?

Jika sebelum ini, Shuib Sepahtu ada berkongsi dia menghantar motornya ke bengkel untuk diubah semula setelah isterinya, Siti Sarah mengubah motor Y15 baru Shuib dengan meletakkan bunga yang tidak dinafikan sangat kelihatan berbeza dan cantik.

Namun, siapa menyangka akhirnya Shuib berjaya mengubahnya dan dia sekali lagi berkongsi perubahan motor barunya itu di laman Instagram.

Alhamdulillah, akhirnya dia siap

Memang merecik motor si Shuib ni, berapa kos pembikinan untuk jadi begini tidak dapat dipastikan tetapi yang sudah pasti bukan harga rm2000-rm3000.

Sejak Shuib membuat projek YSS (Ysuku Shuib) ini, akaun instagram dan Youtube Channel beliau menjadi popular. Ramai yang ternanti nanti apa barang baru yang akan Shuib pasang pada motor kesayangan beliau.

Minta Cadangan Untuk Tambah Barang .. Hafizh Syahrin Bagi Pesanan

Baru baru ini, Shuib memuat naik satu barang enjin motorsikal yang beliau cakap ingin beli. Shuib minta pendapat dari followers followers Instagram beliau samada perlu atau tidak beli dry clutch (klac kering) ini. Dikatakan harga barang performance ini mencecah ribuan ribu ringgit.

Rasa mcm nak pakai clutch kering pulak…. baik jugak ek??? Korang rasa??

Ini memang pesanan orang lama … Hafizh Syahrin pelumba MotorGP profesional meninggalkan komen di posting Shuib Sepahtu.

Tak yah abg bazir chill2 dh okey dh tu -Hafizh Syahrin

Ramai yang menyokong kenyataan pelumba Motor GP tersebut. Jadi adakah Shuib akan beli dry clutch atau tidak? Nak tau kena follow Shuib Sepahtu di IG dan di Youtube.

Artikel: Awattt Syeikhh Network

Be the first to comment on "Ini Pesanan Hafizh Syahrin Kepada Shuib Tentang Shuib Ingin Upgrade Lagi Barang Motor. Memang Pesanan Orang Lama, Padu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*