ISU PERPISAHAN SULTAN KELANTAN, AKHIRNYA TIMBALAN MB KELANTAN BUKA MULUT

SELEPAS hampir lapan bulan, Istana Kelantan akhirnya memecah kebisuan berhubung khabar angin melibatkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menerusi satu kenyataan awal pagi Selasa yang dilaporkan oleh Sinar Harian, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan atau Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dilaporkan sudah bercerai dengan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko.

Menurut laporan New Straits Times hari ini, sumber mengesahkan penceraian itu dimuktamadkan pada 1 Julai lalu, susulan pemfailan cerai di Mahkamah Syariah Singapura pada 22 Julai.

Sijil perceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan pasangan yang berkahwin kira-kira setahun lalu itu telah bercerai talak tiga.

Sementara itu Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui pemberita sebentara tadi berkata kerajaan negeri tiada maklumat rasmi berkenaan perkara itu.

Beliau menegaskan hanya pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.

“Pihak Istana menyeru supaya rakyat dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial,” katanya.

Istana Kelantan semalam dalam kenyataan memaklumkan tiada siapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ‘Queen of Kelantan’ tanpa pengumuman rasmi daripada pihak istana.

Ini merupakan kenyataan pertama dari Istana Kelantan selepas lapan bulan berkaitan khabar angin melibatkan Sultan Muhammad V dan perkahwinnanya, yang juga dipenuhi tanda tanya.

Ketika itu, Sultan Muhammad V adalah Yang di-Pertuan Agong ke-15 sebelum meletakkan jawatan pada 6 Januari lalu.

Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.

Sementara itu, media Moscow yang turut dipetik Daily Mail melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu.

Dalam pada itu, beberapa sumber turut mempertikaikan hantaran Instagram Rihana sejak kebelakangan ini.

Ini kerana hantaran Instagram yang menceritakan kisah-kisah kehidupannya tidak disertakan bersama gambar-gambar baharu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

Mutakhir ini, sebuah akaun Instagram dengan nama ‘rihanapetra’ kerap membuat hantara berkenaan kisah hidup bekas ratu cantik Moscow itu dengan Sultan Muhammad V.

Ia termasuk satu hantaran bertarikh 4 Jun lalu berkenaan kelahiran anak sulungnya iaitu Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang disifatkannya sebagai ‘bakal raja Kelantan’.

Sumber dari Mstar Online

Be the first to comment on "ISU PERPISAHAN SULTAN KELANTAN, AKHIRNYA TIMBALAN MB KELANTAN BUKA MULUT"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*