‘Dikatakan Vida Saya Tak Kenang Jasa’ Ini Respon Pedas Dari Putra Amaris Buat Netizen Tersentak

PELAKON Putra Amaris terkejut apabila usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengeluarkan kenyataan mereka tidak bertegur ketika bertemu dalam satu acara jualan raya, baru-baru ini.

Amaris atau nama sebenar Muhammad Amran Ismail, 33, berkata dia ada menyapa bekas majikannya itu dan tidak pernah bermasam muka dengan jutawan tersebut.

“Ya, kami ada terserempak dalam satu program dan bertegur seperti biasa, tak ada bermasam muka pun, cuma saya pelik kenapa dia cakap kami tak bertegur.

“Rasanya tak perlu dia keluar kenyataan begitu kerana ia hanya akan memburukkan nama saya, seolah-olah saya tak kenang jasa dan bersikap kur4ng aj4r.

Amaris Enggan berm4suh dengan Vida

“Saya sebolehnya tak nak bermusuh dengan sesiapa dan mahu berkawan dengan semua orang tapi kalau dia cakap macam itu, terpulanglah,” katanya.
Pada Rabu lalu, Amaris dilaporkan kembali menjalinkan hubungan dan bekerja semula dengan jutawan kosmetik berasal dari Kelantan itu.

Vida bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu mereka tiada sebarang urusan dan tidak mungkin akan berbaik semula. Menjelaskan konflik yang berlaku, Amaris berkata perkongsiannya sebelum ini adalah kisah lama dan dia kini sibuk menguruskan perniagaan sendiri.

Amaris kini sibuk menguruskan perniagaan kuih Tart

“Bila masa pula saya kerja dengan dia semula, saya dah ada bisnes sendiri buat apa nak kerja dengan dia. Nampak macam saya pula terhegeh-hegeh nak kerja dan berbaik dengan dia lagi.

“Saya cuma tak menolak mungkin satu hari nanti kita akan ada urusan membabitkan bisnes itu sahaja,” katanya yang kini sibuk menguruskan perniagaan kuih tat diberi nama Amaris My Tart.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

Sumber : mstar

Be the first to comment on "‘Dikatakan Vida Saya Tak Kenang Jasa’ Ini Respon Pedas Dari Putra Amaris Buat Netizen Tersentak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*