‘Timbul Pr0v0kasi Gambar Aliff Aziz Dan Gadis Lain Kepada Bella Astillah’ Akhirnya Gadis Ini Buka Mulut Cerita Kisah Sebenarnya

Foto yang dimuatnaik penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dimana dirinya bersama wanita lain menerusi InstaStory miliknya pada malam Ahad lalu, menjadi perhatian dan hangat diperkatakan dimedia sosial. Malah, ramai yang menghantar foto tersebut kepada bekas isterinya, Bella Astillah dengan tujuan mencetuskan provokasi.

Rata-rata netizen juga beranggapan wanita tersebut merupakan kekasih baharu penyanyi kelahiran Singapura itu. Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, menerusi laman InstaStory memberitahu dia tidak kisah mengenai foto tersebut memandangkan hubungannya dengan Aliff sudah berakhir.

Beberapa hari yang lepas Ustaz Ebit Lew datang melawat Aliff Dan Memberi nasihat yang berguna untuknya

Namun Ulasan Dari Bella Astillah sendiri menganggap Aliff Boleh buat apa sahaja kerana dia bebas tidak terikat dengannya lagi.

Bella Astilah akui tidak terkesan dengan provokasi yang dilakukan sesetengah netizen yang cuba mengaitkan kehidupan bekas suaminya Aliff Aziz dengan dirinya.

Berkongsi luahan itu menerusi Instagram Story (Instastory), Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25 mendedahkan terdapat segelintir netizen cuba melakukan provokasi terhadap dirinya berhubung gambar terbaru Aliff bersama seorang gadis.

Menurut Bella, secara jujur dia tidak kisah dengan apa dilakukan Aliff memandangkan mereka tidak lagi mempunyai ikatan sebagai suami isteri.

“Ramai yang mesej secara peribadi di Instagram Bella ‘provoke’ gambar Alif. Bella tak kisah pun sebab semua tahu yang kita tak ada kena mengena lagi,” katanya.

Menurutnya, apa yang dilakukan Alif juga kini adalah hak peribadinya.

Namun akhirnya wanita itu membuat pengakuan dan Enggan isu tersebut terus dipanjangkan, wanita dalam foto bersama Aliff yang dikenali, Tika Sheikh tampil menjelaskan bahawa dia adalah sepupu kepada Aliff. Tika yang membalas komen netizen di laman Instagram berkata, dia bimbang hubungan dengan Aliff disalah tafsir netizen sehingga mencetuskan spekulasi.

“Sis, saya lagi risau kalau orang salah anggap. Saya dengan dia sepupu. Jangan risau sangat ya sis… I love you too thank you,” ujarnya ketika menjawab komen seorang netizen.

Nama Aliff Aziz menjadi perbualan hangat netizen apabila dia sering dikaitkan dengan isu curang selepas beberapa kali kantoi dengan wanita lain. Gara-gara isu curang yang tidak berkesudahan itu, Aliff dan Bella akhirnya memutuskan untuk bercerai pada 16 Mei lalu selepas bernikah pada 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean berusia dua tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

Sumber : mstar

Terdahulu..

ALIFF AZIZ BERGAMBAR DENGAN WANITA LAIN. BELLA ASTILLAH BUKA MULUT SELEPAS DICUCUK NETIZEN

GARA-GARA penyanyi Aliff Aziz memuat naik foto bersama seorang wanita di Instastory, bekas isterinya, Bella Astillah menerima mesej daripada netizen yang menghantar foto tersebut kepadanya.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, berkata, dia tidak kisah mengenai perkara itu memandangkan hubungannya dengan Aliff sudah pun berakhir.

“Ramai gila yang DM Bella, cakap dan nak provoke dengan gambar Aliff itu tapi sebenarnya Bella tak kisah pun. Korang semua pun dah tahu yang kita dah tak ada kena mengena.

Bella terima banyak mesej netizen yang menghantar foto Aliff bersama seorang wanita yang dimuat naik di Instastory

“Jadi apa-apa yang Aliff buat untuk diri dia. Bella pun ada di Malaysia, dia dekat Singapura. Jadi, saya okey saja,” kata Bella.

Bella yang kini berada di Jakarta, Indonesia menjelaskan perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya.

Menerusi Instastory Aliff berkongsi foto bersama wanita yang dikenali sebagai Tika Sheikh mendapat perhatian netizen sehinggakan mereka menghantar foto berkenaan kepada bekas isterinya.

Baru-baru ini, penyanyi kelahiran Singapura itu dikatakan mula mendekatkan diri kepada Allah selepas berdepan kontroversi curang sehingga menyebabkan rumah tangganya dengan Bella musnah.

Sumber: Mstar Online

Amboi, seronok netizen main tag tag si Bella Astillah ni. Takde isu pun kalau si Aliff nak cari pasangan baru.

 

Be the first to comment on "‘Timbul Pr0v0kasi Gambar Aliff Aziz Dan Gadis Lain Kepada Bella Astillah’ Akhirnya Gadis Ini Buka Mulut Cerita Kisah Sebenarnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*