‘Kami Tak Bercinta Tapi Agak Rapat’ Setelah Kemelut Dengan Anak Lelaki Sheila Rusly Akhirnya Janna Nick Sudah Ada Kawan Rapat

Mengenai gosip mengatakan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Janna Nick, bakat baharu kacukan Melayu-Swiss, Dini Schatzmann, 25, menjelaskan bahawa Janna ialah satu-satunya rakan baik beliau dalam industri seni tanah air.

“Kami tidak bercinta, tetapi agak rapat sebagai kawan. Jadi, Janna banyak memberikan nasihat kepada saya mengenai industri ini, tidak lebih daripada itu. Mungkin sikapnya yang mesra dan suka meninggalkan komen di Instagram saya menyebabkan gosip kami bercinta boleh timbul,” katanya.

Hubungan dua selebriti berkenaan mula diperkatakan apabila bintang ‘Leftenan Zana’ itu gemar meninggalkan komen di laman sosial Dini sehingga sesetengah pihak berasakan kedua-duanya semakin intim. Malah, bukan sekadar hadir bersama, Dina dan Janna, 24, juga dilihat duduk bersebelahan pada sebuah acara anugerah hiburan, baru-baru ini.

“Kami mula rapat apabila sama-sama menjayakan drama, Bukan Cinta Aku, siaran TV3. Malah, kami semakin kerap berjumpa apabila Janna menggunakan khidmat saya sebagai jurulatih peribadi,” ujar Dini yang dikenali menerusi drama ‘Cik Reen Encik Ngok Ngek’ itu.

Ditanya mengenai percutian bersama pelakon jelita itu ke Jepun, baru-baru ini, Dini berkata, ia bukan hanya disertai mereka berdua: “Seperti dapat dilihat di laman sosial saya, kami ke sana kerana mempromosikan sebuah jenama syarikat penerbangan. Pemergian kami juga turut diiringi pihak pengurusan masing-masing,” tuturnya yang berharap gosip berkenaan tidak membayangi usaha dirinya memahat nama sebagai anak seni.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : bharian kredit : myartis.com

Be the first to comment on "‘Kami Tak Bercinta Tapi Agak Rapat’ Setelah Kemelut Dengan Anak Lelaki Sheila Rusly Akhirnya Janna Nick Sudah Ada Kawan Rapat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*