Aliff Aziz Bergambar Dengan Wanita Lain. Bella Astillah Buka Mulut Selepas Dicucuk Netizen

GARA-GARA penyanyi Aliff Aziz memuat naik foto bersama seorang wanita di Instastory, bekas isterinya, Bella Astillah menerima mesej daripada netizen yang menghantar foto tersebut kepadanya.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, berkata, dia tidak kisah mengenai perkara itu memandangkan hubungannya dengan Aliff sudah pun berakhir.

“Ramai gila yang DM Bella, cakap dan nak provoke dengan gambar Aliff itu tapi sebenarnya Bella tak kisah pun. Korang semua pun dah tahu yang kita dah tak ada kena mengena.

Bella terima banyak mesej netizen yang menghantar foto Aliff bersama seorang wanita yang dimuat naik di Instastory

“Jadi apa-apa yang Aliff buat untuk diri dia. Bella pun ada di Malaysia, dia dekat Singapura. Jadi, saya okey saja,” kata Bella.

Bella yang kini berada di Jakarta, Indonesia menjelaskan perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya.

Menerusi Instastory Aliff berkongsi foto bersama wanita yang dikenali sebagai Tika Sheikh mendapat perhatian netizen sehinggakan mereka menghantar foto berkenaan kepada bekas isterinya.

Baru-baru ini, penyanyi kelahiran Singapura itu dikatakan mula mendekatkan diri kepada Allah selepas berdepan kontroversi curang sehingga menyebabkan rumah tangganya dengan Bella musnah.

Sumber: Mstar Online

Amboi, seronok netizen main tag tag si Bella Astillah ni. Takde isu pun kalau si Aliff nak cari pasangan baru.

Be the first to comment on "Aliff Aziz Bergambar Dengan Wanita Lain. Bella Astillah Buka Mulut Selepas Dicucuk Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*