Aliff Aziz Rakam Foto Bersama Seorang Model Cantik, Tapi Nyata Rupa-Rupanya

Penyanyi Aliff Aziz ada berkongsi gambar di Insta Storiesnya baru-baru ini.

Gambar tersebut melihatkan Aliff dan seorang wanita dikenali sebagai Tika Sheikh.

Menjengah di Instagram Tika, dia juga sering berkongsi gambar di media sosialnya itu.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang tertanya-tanya perihal hubungan mereka berdua yang dilihat kerap merakam foto bersama.

Lantas, Tika punyai jawapan tersendiri.

Nyata, hubungan Tika dan penyanyi lagu Sayang-Sayang itu hanyalah sepupu sahaja.

Foto : Instagram Aliff Aziz/ Tika Sheikh

Sumber: Media Hiburan

Aliff Aziz Kongsi Foto Bersama Wanita Cantik, Ini Jawapan Win Bella Astillah Bila ‘Dicucuk’ Netizen

GARA-GARA penyanyi Aliff Aziz memuat naik foto bersama seorang wanita di Instastory, bekas isterinya, Bella Astillah menerima mesej daripada netizen yang menghantar foto tersebut kepadanya.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, berkata, dia tidak kisah mengenai perkara itu memandangkan hubungannya dengan Aliff sudah pun berakhir.

“Ramai gila yang DM Bella, cakap dan nak provoke dengan gambar Aliff itu tapi sebenarnya Bella tak kisah pun. Korang semua pun dah tahu yang kita dah tak ada kena mengena.

Bella terima banyak mesej netizen yang menghantar foto Aliff bersama seorang wanita yang dimuat naik di Instastory.

“Jadi apa-apa yang Aliff buat untuk diri dia. Bella pun ada di Malaysia, dia dekat Singapura. Jadi, saya okey saja,” kata Bella.

Bella yang kini berada di Jakarta, Indonesia menjelaskan perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya.

Menerusi Instastory Aliff berkongsi foto bersama wanita yang dikenali sebagai Tika Sheikh mendapat perhatian netizen sehinggakan mereka menghantar foto berkenaan kepada bekas isterinya.

Baru-baru ini, penyanyi kelahiran Singapura itu dikatakan mula mendekatkan diri kepada Allah selepas berdepan kontroversi curang sehingga menyebabkan rumah tangganya dengan Bella musnah.

Bella mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada anak lelakinya.

Perkara tersebut dikongsi oleh pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew yang bertemu dan mendengar luahan aktor itu di Singapura pada Jumaat lalu.

Menurut Ebit, Aliff dilihat sudah menyesali perbuatannya dan kini mula menjaga ibadah solat dan menghafal Al-Quran.

Nama Aliff Aziz menjadi perbualan hangat netizen apabila dia sering dikaitkan dengan isu curang selepas beberapa kali kantoi dengan wanita lain.

Gara-gara isu curang yang tidak berkesudahan itu, Aliff dan Bella akhirnya memutuskan untuk bercerai pada 16 Mei lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih!

Be the first to comment on "Aliff Aziz Rakam Foto Bersama Seorang Model Cantik, Tapi Nyata Rupa-Rupanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*