Adik Syukri 0KU Teruja Menyambut Kepulangan Dato’ Aliff Syukri, Buat Ramai Yang Terharu

Masihkah anda ingat lagi dengan seorang lelaki yang datang ke rumah usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri yang kami kongsikan baru-baru ini. Apa yang menariknya, lelaki ini juga bernama Syukri dan wajahnya seiras wajah Dato’ Aliff. Sekali pandang, memang saling tak tumpah seperti adik beradik.

Untuk pengetahuan adik Syukri ini seorang yang 0KU yang mempunyai masalah pendengaran (pek4k) dan juga tidak boleh bercakap secara verbal (b1su). Syukri sebenarnya peminat tegar Dato’ Aliff dan dia begitu teruja berjumpa dengan Dato’ Aliff.

Menurut Dato’ Aliff, Syukri yang berasal dari Segamat, Johor ini datang semata-mata untuk berjumpa dan ingin bekerja dengan Dato’ Aliff. Alhamdulillah Dato’ Aliff telah membantu Syukri dengan peluang pekerjaan dan juga turut menyediakan tempat tinggal untuknya.

Kini Syukri tinggal bersama dengan keluarga Dato’ Aliff dan sangat disenangi ramai. Layanan Dato’ Aliff, Datin Shahida dan juga ahli keluarga mereka terhadap Syukri sangat-sangat baik dan mesra sehingga menyentuh hati orang ramai.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff berkongsi videonya yang baru pulang dari Thailand atas urusan kerja selama 10 hari. Kepulangan Dato’ Aliff sangat dinantikan dan diraikan oleh ahli keluarganya termasuk pembantu rumahnya juga. Apa yang menariknya, adik Syukri adalah yang paling teruja menyambut kepulangan Dato’ Aliff.

Wajahnya Syukri yang kegembiraan dan nampak sangat tulus semasa memeluk Dato’ Aliff membuatkan ramai yang terharu dengan keikhlasan yang terpancar di ri4k mukanya. Begitu juga dengan layanan mesra Dato’ Aliff yang sudah menganggap Syukri sebahagian daripada ahli keluarganya buat ramai yang sebak.

Jom tonton video di bawah :

” Sape yang paling excited bile nampak muka abang sila komen dibawah. Sepuluh hari di thailand seperti 10 tahun lamanya.. “

” Inilah kegembiraan sebenar bila abang dapat jumpa keluarga abang walaupun abang travel jauh2 lama2 tapi tetap tak bahagia bile keluarga trcinta tiada disisi. abang sayang sangat kluarga abang yang trcintaa.. “

” Penat letih tapi bkerja tpi bila abg nampak family smua terus rasa happy demi @as.legacymalaysia… abang bukan bercuti tapi abang pergi kerana kerja. abang berk0rban demi @as.legacymalaysia.. “

” Perjalanan abang penginapan abang semuanya di sponsor oleh company2 besar di thailand. dlm industri perlancongan hotel, makanan dan lain.. “

” Adakah anda berminat nak nak sponser sy dan sy akan pomosikanya boleh wussp manager saya 017 221 2116.. “

Rata-rata ramai yang tersentuh dengan kemesraan Dato’ Aliff sekeluarga dengan adik Syukri. Antara komen-komen netizen :

” Mcm anak sulung syukri tu.. Cerianya si syukri tu. comel je.. smg d murahkan rezeki dato.. ”

” Ya Allah.. mcm kembar.. tulus betul budak Syukri ni. Syukri dah macam anak dato’ juga gayanya.. ”

” Semoga Allah s.w t lindungi keluarga dato Aliff semoga senantiasa bahagia… saya bahagia tengok orang bahagia… amin ya rabb.. “

” Alolooo suweetnyaa kembar datuk tu. hepy family. Syukri yg paling excited nampaknya.. “

” Ya Allah… seiras sgt.. mmg abang adik sgt.. betulla kt dunia kta ad 7wajah sama. dgn Kita.. Datuk dah jmpa. brp org stkt ni @aliffsyukriterlajaklaris.. “

” Memula rase mcm ‘eiii cepatnye dato dgn datin percaye org luar’.. tapi bile tgk muke dengan gaye shukri tu, tulus suci jer.. sape laa tak cair kan.. in shaa allah.. moga shukri pandai bawak diri dan jage peribadi.. “

” Budak2 tak reti nk bohong atau berlakon nampakkan rindu sungguh depa kat abh depa kan.. “

” Dgn kita2 skali rasa nk lompat td . Hehe . Happy tgk DSAS sekeluarga. happy jgk sbb tgk dato layan syukri tu baik. Semoga dato d murahkan rezeki. Dunia akhirat.. “

” Adik angkat Dato yg lg excited. Kalah Datin huhuhu. Excited tgk syukri. Happy je bdknya.. Gmbira die tggl dgn dato.. “

” Alhamdulillah… seronok tengok family Dato & cara Dato membantu org yg memerlukan… “

Terharu dan sebak melihat layanan Dato’ Aliff terhadap adik Syukri. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Dato’ Aliff sekeluarga. Semoga dengan kehadiran Syukri, dapat membahagiakan dan menceriakan lagi hidup Dato’ Aliff sekeluarga dan semoga semakin dimurahkan rezeki oleh Allah. Amin..

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri

Be the first to comment on "Adik Syukri 0KU Teruja Menyambut Kepulangan Dato’ Aliff Syukri, Buat Ramai Yang Terharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*