Ini Yang Dilakukan Nabil Sehingga Dia Memohon Maaf Secara Terbuka Kepada Semua

“Saya ingin memohon maaf dan memohonampun kepada semua yang mana terguris hati dan perasaan atas keterlanjuran saya.

“Saya harap permohonan maaf saya ini dapat diterima oleh semua. Insya-Allah,” ujarnya menerusi video berkenaan.

Malah menerusi kapsyen video berkenaan juga, Nabil menyatakan rasa malu dengan tindakan yang dilakukannya itu.

“Asalamualaikum Tuan-Tuan sekalian, saya manusia yang banyak melakukan kekhilafan dan saya harap permohonan maaf saya ini dapat memberi pengajaran pada saya.

“Dan hal ini betul-betul memperingatkan saya pada maruah budaya khemahkotaan bangsa Melayu kita.

“Saya juga memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga balai adat Tok Cindai dan semua yang terkesan dengan perbuatan saya.

“Saya personally amat malu dengan perbuatan saya malam tadi #maafkansaya,” tulisnya.

Video Permohonan Maaf Nabil,boleh tengok di IG Nabil Zira

Terdahulu, Nabil perbuatan Nabil itu telah mendapat teguran Dari Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa.

Perlakuan Nabil yang dengan sengaja mencampak tanjak ke lantai membawa erti menjatuhkan maruah keseluruhan bangsa Melayu kerana tanjak adalah pemakaian yang paling teratas dalam adat Melayu.

Tok Cindai menerusi akaun Facebooknya juga menuntut Nabil untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka di atas keterlanjurannya itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Nabil BIADAB Nabil mencampak tengkolok ke lantai dua kali dengan cara menghina dlm acara TV malam tadi. Perbuatan ini dianggap kurang ajar dan tidak beradab. Tengkolok adalah satu pakaian Melayu yg diletakkan di kepala pemakai sebagai lambang kemegahan dan kebanggaan identiti Melayu. Orang Melayu dari tahap orang biasa, pegawai istana, pahlawan, pendekar sampailah kepada Sultan dan Agung apabila memakai tengkolok, ia mempamerkan identiti Melayu. Membuang atau mencampak tengkolok itu adalah sikap kurang ajar. Tengkolok di kepala hanya akan gugur atau tergugur dalam pertempuran sahaja dan bukan dicampak sewenang wenangnya. Kita harap tiada orang lain yg ikut perangai artis yg biadab lagi hina ini. Kita menunggu kalau kalau Nabil mahu minta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atau kita boikot semua rancangan yg melibatkan Nabil dalam TV atau luar TV di dlm masyarakat. Mohon tularkan posting ini supaya TV, artis, dan penganjur program persembahan faham bahawa perbuatan Nabil ini adalah tidak betul, tidak sopan, dan tidak bertamadun, atau dlm bahasa mudah ia adalah biadab!

Posted by Supyanukm Hussin on Saturday, July 13, 2019

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Ini Yang Dilakukan Nabil Sehingga Dia Memohon Maaf Secara Terbuka Kepada Semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*