Netizen Teruja Bila Tonton Video Gadis Cantik Cuba Belajar Loghat Kedah

Setiap negeri dan daerah memiliki dialek mereka yang tersendiri. Pastinya orang yang tinggal di Kedah memiliki loghat yang berbeza dengan yang berada di Kelantan.

Dari percakapan sahaja kita boleh tahu seseorang itu berasal dari mana kerana kadang-kadang agak sukar untuk meninggalkan loghat percakapan yang sudah sebati dengan kehidupan seharian.

Namun berbeza dengan gadis ini yang berasal dari Johor, namun cuba untuk belajar cakap loghat Kedah dari kawannya sehingga menarik perhatian netizen.

Dikongsi lebih 22,000 di Twitter, gadis ini menarik perhatian ramai apabila dia dirakam sedang belajar bercakap loghat Kedah, sedangkan dia berasal dari Johor.

Rakaman berdurasi kurang dari dua minit itu memaparkan gelagat seorang gadis yang cuba berinteraksi dalam loghat Kedah yang diajar oleh temannya.

“Hangpa jangan jadi pengotoq sangat boleh dak?”, antara ayat yang dibuat gadis ini sehingga menarik perhatian ramai.

Malah suaranya yang lemah lembut juga menjadi antara sebab mengapa ramai yang teruja. Boleh bikin cair beb!

Rata-rata netizen meninggalkan komen seperti berikut:

“Cantik gilaaa….Suara pun lembut”

main org johor cakap kedah 1

Tak kurang juga ada yang cuba bagi pickup line untuk gadis ini.

main org johor cakap kedah 2

Selain itu, ada yang berkongsi pengalaman mereka sendiri bersama teman.

main org johor cakap kedah 3-tile

Sumber: Balqis

Be the first to comment on "Netizen Teruja Bila Tonton Video Gadis Cantik Cuba Belajar Loghat Kedah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*