“Bila anak sudah berkahwin, jangan campur tangan” – Terkesan Perpisahan Fizo-Mawar, Wanita Beri Hint Punca Masalah Rumah Tangga Mereka!

0
188

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semalam, terlerai sudah ikatan perkahwinan yang dibina selama 6 tahun apabila Fizo dan Mawar bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Pencer@ian yang berlaku secara tiba-tiba ini membuatkan ramai di kalangan peminat dan netizen tertanya-tanya, apakah punca yang membuatkan mereka berpisah. Padahal anak perempuan mereka, Wan Maryam baru je berusia 2 tahun. Sian Maryam! 

Menerusi perkongsian Facebook rakan pasangan itu, Nur Liyana Farahin yang terkesan dengan perpisahan tu ada memberikan sedikit hint tentang masalah rumah tangga yang dihadapi dua individu ini. Katanya bukan kerana ego, harta dan orang ketiga tapi…. 

“Dua-dua mereka ini adalah orang yang sangat baik. Beradab, sopan dan humble walaupun masing-masing ada harta” 

Menurut Fara, bagi seseorang yang mengenali pasangan ini, dia sangat terkesan dengan perpisahan mereka kerana personally dia tahu Fizo dan Mawar adalah orang yang baik-baik. Malah Fizo juga sangat dahulukan solat sebelum buat apa-apa perkara.

“Bila anak sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri, jangan sesekali campur tangan dalam rumah tangga mereka kerana…” 

Sumber: Facebook

 

Posting 29 Jun lepas, Mawar juga ada mengiyakan ‘hint’ yang ditulis netizen

Sosek-sosek netizen juga ada mengatakan pada 29 Jun lepas (2 minggu sebelum Fizo-Mawar bercerai) Mawar ada memuat naik posting berkaitan masalah perkahwinannya yang menyebut,

Di sini bagi saya sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar ia ‘hanya suami isteri’ dan jika tidak, seeloknya hanya libatkan orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain.” 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pertama kali sy ingin meminta maaf jika penulisan sy ada mana2 pihak terguris hati. Sebelum ini sy tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk sy meluah kan perasaan,mencerita terutama kisah peribadi sy. Banyak pihak sy perlu jaga juga berhati2.Sebelum ini sy hanya kongsi kegembiraan,kerjaya,kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk sy cerita. . Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah ,sudah tentu sy perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya .kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna. . Di sini bg sy sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la ‘hanya suami isteri ‘ dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain. Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar. Hanya saya & fizo saja tahu,rasa apa yg kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa2 spekulasi mengenai rumah tangga kami. . Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah,didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jgk akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita. Banyak benda kita perlu ‘korban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berkorban demi anak. Mungkin kita kadang2 terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. Insyaallah sy dan fizo sentiasa memberi kan yg terbaik buat Maryam. . Benar,semua mengimpikan kebahagian,mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri ‘ dalam perkahwinan,impikan kebahagia dunia akhirat serta mendapat barokah. Semua pasangan sebaiknya nk pertahankan perkahwinan masing2. Mungkin ini ujian berat untuk Sy dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan,Jodoh,ajal,maut semua di tangan Tuhan. Semoga Allah memberi kami jalan yg terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yg mendoakan yg terbaik buat sy,fizo dan amanah kami ‘Maryam ‘. Hanya Allah saja membalas jasa kalian

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on

Kemudian salah seorang follower menulis komen sesuatu tentang campur tangan keluarga dan ia disusuli dengan balasan Mawar yang menyetujui kata-kata tersebut.

Apa-apapun marilah kita doakan yang terbaik buat mereka berdua dan berharap semoga masih ada sinar untuk mereka terus kembali bersama. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit: Lobakmerah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here