Air mata Mawar gugur, Selepas Membuat Pengakuan,..Ini Sebabnya

0
12

AIR mata usahawan, Mawar Abdul Karim gugur di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat selepas membuat pengakuan masih menyayangi suaminya, Fizo Omar.

Menurutnya, dia mengorbankan kasih sayang itu demi kebahagiaan Fizo.

“Dengan rela hati, saya memang sayang Fizo (menangis). Tapi saya korbankan kasih sayang ini untuk keluarga dia,” katanya.

Terdahulu, Fizo dengan izin Hakim Mahkamah Syarie, Che Abdullah Che Hassan bertanyakan keputusan Mawar untuk bercerai dengannya.

“Adakah ini keputusan dari hati awak untuk saya lepaskan awak? soalnya.

Sementara itu, peguam syarie, Zulkifli Che Yong memaklumkan anak guamnya, Mawar selaku plaintif dan defendan, Fizo Omar bersetuju untuk bercerai dengan baik.

“Pihak plaintif tidak berhajat untuk memperincikan tidak persefahaman antara plaintif dan defendan demi menjaga keaiban kedua-dua pihak.

“Plaintif dan defendan tidak tinggal bersama sejak 12 Mei lalu,” katanya.

Sementara itu, Fizo yang juga bekas Hero Remaja ketika ditemui di luar mahkamah turut mengakui kasih sayangnya hanya untuk Mawar.

“Saya masih sayang dan kasihkannya… dan saya mengucapkan terima kasih pada Mawar kerana menjadi isteri dan ibu kepada anak kami, Wan Maryam.

“Saya banyak terhutang budi padanya… dia sangat baik,” katanya.

Fizo berkata, dia reda dengan penceraian yang berlaku.

“Cukup untuk saya katakan jodoh saya dan Mawar berakhir di sini…

“Pada saya ini bukan pengakhiran tapi ini merupakan satu permulaan untuk kami menjadi ibu bapa bersama menjalankan tanggungjawab untuk membesarkan Mariam,” katanya.

Ketika ditemui pemberita, Mawar menafikan harta dan orang ketiga merupakan punca penceraian itu.

“Apa yang berlaku bukanlah disebabkan ego ataupun harta, mungkin ada hikmah untuk masa depan saya dan kami akan menjadi kawan baik demi membesarkan Maryam,”

katanya.

Menurut Mawar, dia sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Selama enam tahun tempoh perkahwinan ini, saya dan Fizo telah mencuba (menyelamatkan), namun saya reda serta pasrah.

“Mungkin smpai di sini sahaja keserasian antara saya, Fizo dan keluarganya,” katanya.

Komen Netizen :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sinar Harian / limaumadu.bbn.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here