Kenali Zoha Rahman, Satu-satunya Gadis Muslim Berhijab Dalam Filem Spider Man: Far From Home

0
25

Bagi mereka yang sudah menonton Spider Man: Far From Home minggu lepas, korang mesti tertanya-tanya siapa gadis berhijab yang sering muncul dalam beberapa scene filem tersebut bersama Peter Parker. 

Watak gadis ini sungguhpun nampak kecil, tapi impaknya agak besar jugalah kerana ia petanda bahawa Hollywood seakan-akan sudah mula menerima pelakon wanita Muslim yang berhijab dalam filem mereka. So siapakah dia?

Sumber: Blog

 

Zoha Rahman, gadis berhijab pertama dalam sejarah muncul dalam filem Marvel 

Dilahirkan di Pakistan tapi kemudian berpindah ke London dengan keluarganya pada 2012, Zoha Rahman boleh dikatakan sebagai gadis berhijab pertama dalam sejarah yang muncul dalam filem Marvel.

Memegang watak sebagai rakan sekelas Peter Parker yang dilakonkan Tom Holland, namanya mula mendapat perhatian apabila tiba-tiba muncul dalam instastory pelakon tersebut. Time ni peminat tak tahu lagi Zoha berlakon dalam filem Spiderman…

Bukan calang-calang, Zoha fasih dalam 4 bahasa dan pernah ambil jurusan undang-undang

Meskipun pernah mengambil jurusan undang-undang di satu universiti tak lama dulu, Zoha dikatakan berubah arah dengan terlibat dalam bidang modelling dan lakonan.

Dia juga bukan calang-calang orangnya, Zoha ni fasih dalam 4 bahasa iaitu, Bahasa Inggeris, Urdu, Hindi dan Punjabi. Malah dia juga boleh faham basic Mandarin dan boleh bercakap dalam loghat Arab, Timur Tengah, Kanada dan Pashto. Wow! 

Mungkin akan pegang watak superhero, Ms Marvel? 

Bagi yang tak tahu, sudah ada ura-ura yang mengatakan Marvel mungkin ada perancangan untuk wujudkan watak Ms Marvel aka Kamala Khan, iaitu superhero yang berwatak gadis Muslim.

Dengan Zoha muncul sebagai gadis hijab pertama dalam Marvel Universe, kemungkinan besar ada harapan untuk dia memegang watak tersebut kan?

“Saya sering mendapat soalan ini dan spekulasi mengenai hal ini pun saya anggap sebagai satu penghormatan sebenarnya. Saya betul-betul berharap perkara ni akan jadi realiti. 

“Tapi apa-apapun saya memang tak tahu lagi tentang hal ni. Marvel, kalau anda sedang membaca ini, let’s make it happen! kata Zoha dalam Teen Vogue.

Siapa yang dah tengok Spider Man? Kalau belum jom tengok hujung minggu ni! Admin sebenarnya exicted kalau Marvel betul-betul buat watak superhero Muslim ni! 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit: Lobakmerah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here