“Selamat Ke Jinjang Pelamin” – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Penyanyi popular, Hael Husaini berkongsi beberapa foto bersama Dayang Nurfaizah, anak angkat Hael, Halena dan anak saudara Dayang, Zahra Aeisha atau mesra disapa sebagai Yaya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Alhamdulillah last Syawal,” tulis Hael ringkas sebagai kapsyen.

Entri terbabit telah mencuuri tumpuan netizen, rata-rata mereka mengusik seolah kedua-dua penyanyi hebat itu sedang menjalin hubungan istimewa.

“Selamat ke jinjang pelamin ya awak.

“HaeYang family is complete, Ada Yayah, Mumu, Yaya and Mekna.

“Tolong jaga Dayang elok-elok dan tolong bahagiakan dia,” tulis netizen.

Namun begitu, pelantun lagu Hari Ini itu masih tidak memberi sebarang respon terhadap usikan tersebut.

Imbas kembali, 4 Februari lalu, Hael dan Dayang telah melakar kecemerlangan bersama dengan merangkul tempat pertama di Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33) menerusi lagu Haram.

Selain itu, peminat sering mengaitkan Hael dan Dayang serta berharap kedua-dua penyanyi ini menjalin hubungan istimewa memandangkan status masing-masing yang masih solo.

p/s: Elok sangat la tu, dua-dua pun masih single. Mesti comel kalau mereka kahwin dan anak nanti..he2

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment on "“Selamat Ke Jinjang Pelamin” – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*