Pasangan paling ideal Hollywood, David Beckham dan isterinya Victoria kembali mencuri perhatian umum.
Sempena memperingati hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20 (yang jatuh pada 4 Julai lalu), Beckham dan Victoria telah ‘berkongsi’ kebahagian mereka kepada pengikut Instagram masing-masing.
Victoria memuat naik video kenangan dan kata-kata manis untuk suaminya, David Beckham
Romantis dan manisnya, mereka saling memuat naik foto kenangan ketika perkahwinan.
“Wow 20 tahun. Lihat apa yang sudah kita ciptakan. Aku sangat mencintaimu @victoriabeckham @brooklynbeckham @romeobeckham @cruzbeckham #HarperSeven,” tulis bekas kapten pasukan bola sepak England itu.
Bukan hanya Beckham malah isterinya juga menitipkan kata-kata manis,
“20 tahun tepat hari ini. Aku sangat mencintaimu, cium @davidbeckham,” tulis bekas anggota kumpulan Spice Girls ini.
Beckham, 44 dan Victoria, 45, mendirikan rumah tangga sejak tahun 1999 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Akaun kedua-dua selebriti ini dihujani ucapan tahniah dan selamat ulang tahun perkahwinan daripada warganet serata dunia.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:– MHE TV
Be the first to comment on "Wah! Dah 20 tahun Beckham-Victoria berkahwin"