“Sebelum timbul cerita tidak sedap lebih baik tarik diri” – Mus bukan lagi vokalis May

VOKALIS kumpulan May, Mus memaklumkan dirinya bukan lagi anggota kumpulan itu sejak Januari lalu. Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 51, berkata, dia membuat keputusan meninggalkan kumpulan itu selepas memikirkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Ya, saya kini bergerak solo dan tidak lagi bersama kumpulan May. Saya membuat keputusan meninggalkan kumpulan itu sejak Januari lalu.

“Lagipun rata-rata tawaran yang saya terima adalah secara solo. Untuk tawaran persembahan secara kumpulan pula semakin berkurangan.

“Sebelum timbul cerita yang tak sedap didengar selepas ini lebih baik saya tarik diri. Lagipun keadaan kesihatan saya sekarang ini tak berapa baik,” katanya kepada mStar.

Mus ditemui pada sidang media KL Rhythm Nitez, Konsert Rockestra Lagenda di Kuala Lumpur pada Khamis. Dalam pada itu, Mus turut menafikan jika dia mempunyai sebarang masalah dengan ahli kumpulannya itu. Malah, meminta namanya tidak lagi dikaitkan dengan kumpulan berkenaan. Rata-rata tawaran yang saya terima adalah secara solo. Untuk tawaran persembahan secara kumpulan pula semakin berkurangan.

“Biasalah kalau sudah bergerak berkumpulan itu pasti ada yang nak ikut kepala sendiri. Tetapi itu semua kami selesaikan cara baik.

“Pengunduran saya ini diharap tidak timbul apa-apa rasa tidak puas hati mana-mana pihak sebab saya mahukan hubungan baik dengan mereka.

“Saya juga akan terus menyanyi tetapi secara solo dan mungkin akan mengeluarkan single baharu,” katanya.

Sebelum ini, Mus bersama May sejak tahun 1986 dan meninggalkan kumpulan itu selepas lima tahun untuk menyertai kumpulan Strangers. Mus juga pernah menyertai kumpulan Wings sehingga 2000 dan kembali menyertai kumpulan May pada 2002.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Sebelum timbul cerita tidak sedap lebih baik tarik diri” – Mus bukan lagi vokalis May"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*