Isu Berlian, Jihan Muse Kata ‘Tersepit Antara Gajah’. Ini Respon Aishah, S0und Balik Siap Petik Nama Jihan

“Gajah sama gajah bergasak. Pelanduk nama naik sama tersepit. Ternganga2 pelanduk taktau apa2 tapi kene heret sama. Yg satu taknak kalah yang satu taknak mengaku salah. Pastu taktau camne nak menang tarik hidupan lain sama terpalit. Kesian pelanduk.”

Jihan Muse telah memuatnaik satu status di Instagram beliau seperti memberitahu entry yang dimuatnaik berkisahkan krisis yang tengah melanda diantara artis senior iaitu Aishah dan penganjur program GEGAR VAGANZA musim ke 4 iaitu Dato Seri Vida.

“Saya tak sangka dia boleh tulis macam itu. Tapi tak apalah,” kata penyanyi Aishah mengenai status dimuat naik pengacara Jihan Muse di laman Instagram yang didakwa ditujukan kepada dirinya.

Aishah ketika dihubungi berkata, apabila sepina disampaikan kepadanya untuk hadir di mahkamah, dia patut memberi kerjasama. Menurutnya, arahan itu bukan untuk meletakkan sesiapa di tengah-tengah krisis yang berlaku.

“Insya-Allah kalau saya berada di situasi artis memerlukan saksi, saya sedia untuk membantu dan akan datang menyokong. Dalam situasi sekarang, arahan menjadi sepina ini atas arahan mahkamah mengikut undang-undang. Dia patut tahu perkara ini. Lagipun arahan ini bukannya sengaja nak meletakkan dirinya di tengah-tengah krisis persis tarik tudung,” katanya kepada Harian Metro.

Aishah berkata, sebagai artis wajar untuk mengubah mentaliti dalam bidang seni kepada tahap yang lebih profesional.

“Kita perlu ubah mentaliti dalam bidang seni ke tahap yang lebih profesional. Barulah ada rasa hormat peminat terhadap penggiat seni. Apa yang saya perjuangkan adalah untuk artis mengetahui hak dari segi undang-undang supaya mereka tidak menjadi bahan buli syarikat besar atau individu kaya,” katanya.

Terdahulu Aishah memuat naik status membetulkan kenyataan pengacara Jihan Muse yang menganggap dirinya mangsa berikutan tercetusnya isu saman penyanyi itu terhadap ahli perniagaan Datuk Seri Vida.

Menerusi status sama, Aishah menjelaskan, sepina yang diperintahkan kepada Jihan adalah sebagai saksi untuk mendapatkan keterangan dalam proses perbicaraan.

“Hidup sebagai anak seni satu kehidupan yg sepi sebenarnya,kerana masing2 survive sendiri.Tak ramai kawan ingin membantu apabila kita menunggak arus melawan ketidak adilan,yelah jaga periuk nasi lah katakan.Padahal,yg dipanggil pun mengikut cara undang2 yg sebenar,tak boleh tidak kalau dah di subpoena.Tapi ada yg maki hamun ada yg lari2 hilangkan diri dari di ‘serve’ dgn subpoena.

Siap komen kat IG,kesian rasa tersepit ‘antara gajah’ katanya hahahaha.Ini undang2lah,utk melindungi kita semua.Subpoena tak bererti terpalit,ianya satu cara undang2 utk memanggil saksi utk.mendapatkan keterangan dlm proses perbicaraan sesuatu kes. Perjuangan dibuat utk anak2 seni juga tapi adakalanya seperti dipandang sinis. Hahaha petang semalam mungkin dah dengar kita dah menang baru call nak bertanya, konon nak beri kerjasama??Hidup penuh lakonan.Pengalaman mengajar kita,siapa kawan siapa jihanmuse”

 

Sumber: hmetro dan ig / ASIA KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Isu Berlian, Jihan Muse Kata ‘Tersepit Antara Gajah’. Ini Respon Aishah, S0und Balik Siap Petik Nama Jihan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*