Fasha Sandha tempelak produksi tukar calltime

Pelakon Fasha Sandha menegur sebuah produksi drama gara-gara tidak menepati waktu penggambaran seperti yang telah ditetapkan. Luahan tersebut ditulis oleh Fasha menerusi perkongsian dalam laman Instagram miliknya.

“Semalam yakin beri call time jam 6.00 pagi. 5.50 pagi sudah sampai, set sunyi sepi. Selepas itu baru pembantu pengarah beritahu tukar waktu.

“Sebab awak dah terlambat, jadi boleh tukar waktu sesuka hati. Ini antara punca malas hendak shooting semula. Lebih baik layan anak dan suami di rumah.

“Tidak semua produksi akan berjaya untuk patuhi call time 6.00 pagi. Jangan ‘feeling’ bagi calltime 6.00 pagi jika sejenis ‘kelaut’ dalam,” tulis Fasha.

Fasha turut berkongsi dia memulakan perjalanan seawal jam 5.15 pagi ke lokasi penggambaran di Ayer Keroh, Melaka.

Rata-rata penggiat seni mengetahui tentang ketepatan masa yang menjadi prinsip utama pelakon popular itu. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:-MHE TV

Be the first to comment on "Fasha Sandha tempelak produksi tukar calltime"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*