“Saya tidak kisah bertemu jodoh dengan lelaki lebih muda & Sekarang hanya menumpang kasih Pak Long,” – Rita Rudaini

 

“HATI saya berasa sayu dan sebak kerana anak hanya dapat menumpang kasih sayang Pak Long mereka sejak kecil.

“Pak Long, adalah abang yang sulung dalam keluarga dan dia memang melayan dua anak saya seperti anak kandung sendiri,” kata pelakon Rita Rudaini, 43, ketika ditanya mengenai lelaki yang menjadi ‘father figure’ dua anaknya itu sampai sekarang.

Menurut Rita, abang sulungnya itu memang mengutamakan dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Rafqa Arjuna, 8, setiap kali mereka pulang ke kampung.

Katanya, abangnya tinggal di Kedah serta memiliki lima anak yang sudah besar dan dialah memanjakan dua anak Rita seperti anaknya sendiri.

“Abang faham kerana dua anak saya tidak dapat kasih sayang daripada bapa mereka sejak kecil.

“Dia jugalah yang akan menyiapkan dua anak saya untuk ke masjid pada setiap pagi raya.

“Malah, setiap kali pulang ke kampung, mereka akan mencari Pak Long dulu untuk berkongsi cerita,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas soal pengganti pula, kata Rita, dia juga masih selesa dengan status solo sejak bergelar ibu tunggal, lapan tahun lalu.

“Hidup saya tidak sunyi kerana sibuk menguruskan dua anak yang makin membesar dan memenuhi undangan aktiviti seni.

“Jika ada jodoh, saya mencari lelaki yang matang dan menyayangi dua anak lebih daripada diri ini.

“Saya tidak kisah jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki lebih muda kerana yang penting, dia matang dan bertanggungjawab,” katanya.

Sape2 tolong tunjuk pic ni kat rita rudaini, jgn gitau i yg suruh tau… – @kazar35

Sumber: Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "“Saya tidak kisah bertemu jodoh dengan lelaki lebih muda & Sekarang hanya menumpang kasih Pak Long,” – Rita Rudaini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*