“Saya Pernah Tanya Awal, Adakah Kami Akan Kekal Bersama Selamanya?”- Scha Alyahya

 

Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya akui pernah bertanya kepada suaminya, Awal Ashaari sama ada perkahwinan mereka akan kekal selamanya.

 

Scha berkata ia terdetik selepas mendengar banyak berita perpisahan daripada rakan artis sejak kebalakangan ini.

 

“Saya akui terkesan apabila mendengar banyak berita perceraian terutama di kalangan artis akhir-akhir ini.

“Ia membuatkan saya terdetik untuk bertanyakan kepada Awal adakah kami akan kekal bersama selamanya? 

 “Saya tahu jodoh dan ajal terletak di tangan Tuhan tapi sebagai suami isteri kita cuba sehabis baik bagi memastikan rumah tangga terus harmoni dan bahagia,” katanya.

 

 

Pasangan ini ditemui ketika majlis Rumah Terbuka Schawalara pada hujung minggu lalu.

 

Sementara itu, Awal mendedahkan rumah tangga mereka pernah dilanda badai namun ia tidak pernah sampai kepada umum kerana tidak menjadikan laman sosial sebagai platform untuk berkongsi atau meluahkan rasa.

 

“Rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda badai? Cuma, jika timbul sebarang masalah, ia hanya dikongsikan bersama keluarga dan teman rapat. Ia juga tidak dimuat naik di media sosial, sehingga dapat dihidu oleh warganet.

 

“Pada saya perpisahan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kiralah sama ada pasangan artis atau sebaliknya. Kita tidak boleh menduga masa hadapan kerana ia berada di luar bidang kuasa kita,” katanya.

 

Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Lara Alana, 5.

sumber: Astro gempak via viralkami

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "“Saya Pernah Tanya Awal, Adakah Kami Akan Kekal Bersama Selamanya?”- Scha Alyahya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*