Sufian Suhaimi paling diminati dalam Anugerah Asia 2019

Penyanyi popular, Sufian Suhaimi terpilih sebagai Pemimpin Paling Diminati bagi kategori Selebriti dalam Anugerah Asia 2019yang dianjurkan Herald Global.

Anugerah Asia 2019 itu yang diwujudkan oleh Global & ERTC Media sebagai menghargai dan meraikan generasi usahawan, pencipta dan pengusaha di atas usaha kepimpinan mereka yang memberikan inspirasi kepada masyarakat.

Majlis Anugerah Asia 2019 itu akan diadakan sempena Malaysia, Global Business Symposium 2019 pada 26 Ogos depan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.

Tersenarai sebagai Pemimpin Paling Diminati bagi kategori Selebriti untuk Anugerah Asia 2019

Sementara itu, Sufian Suhaimi ketika dihubungi MHE TV memberitahu, dia sebenarnya tidak menyangka akan tercalon untuk anugerah tersebut.

“Secara jujur, ketika diberitahu pengurus, saya sangkakan ia tidak serius.

“Kemudian, apabila dijelaskan secara mendalam, barulah saya boleh tersenyum.

“Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati dan menganggap ia satu pencapaian yang boleh dibanggakan,” kata Sufian.

Jelas Sufian lagi, dia sangat berterima kasih dengan lagu Di Matamu yang banyak membantu menaikkan namanya dikenali.

Sufian berterima kasih dengan lagu Di Matamu yang banyak membantu menaikkan popularitinya

“Populariti lagu itu turut menyumbang kepada faktor saya dipilih bagi tercalon kategori tersebut,” tambahnya.

Video klip Di Matamu setakat ini telah mendapat 61 juta tontonan dalam YouTube dan disenaraikan dalam Malaysia Book of Record sebagai video paling ditonton. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:– MHE TV

Be the first to comment on "Sufian Suhaimi paling diminati dalam Anugerah Asia 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*