Biarpun Ditayang Semula, Avengers: Endgame Masih Jauh Di Belakang Avatar!

Kisah dan berita mengenai filem terbesar Marvel iaitu Avengers: Endgame’ nampak gayanya masih belum berakhir.

Terbaru, filem epik ini dikatakan masih gagal menandingi kutipan ‘Avatar’ biarpun ‘Endgame’ telah ditayangan semula.

Pada yang tidak tahu, Marvel telah membuat kejutan dengan membuat tayangan semula dengan beberapa babak tambahan termasuk ‘post end credit’.

Strategi ini dijangka akan menambahkan lagi jumlah kutipan sedia ada.

Walau bagaimanapun ‘Endgame’ dilihat masih jauh ketinggalan dengan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak USD2,760,000,000 (RM11,429,160,000) berbanding ‘Avatar’ sebanyak USD2,780,000,000 (RM11,511,980,000).

Masalah dihadapi Marvel ini berkemungkinan dengan terdedahnya video ‘post end credit’ di YouTube.

Video berdurasi 3.18 saat itu memaparkan dua ‘end credit’ secara keseluruhannya.
 
Apapun sama-sama kita tunggu kutipan penuh apabila tayangan ‘Endgame’ ini tamat.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Biarpun Ditayang Semula, Avengers: Endgame Masih Jauh Di Belakang Avatar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*