Sebenarnya Kami Tak Nampak Pun Suspek Tapi Bila Sampai Anak Dia Yang Cakap, “Ayah Atas Pokok”

Terkejut dengan kehadiran anggota Agensi Anti Dad4h Kebangsaan (AADK) seorang lelaki bertindak memanjat pokok manggis untuk bersembunyi, di Kampung Perigi.

Ketua Unit Pencegahan AADK Yan Mohamad Farid Mohd Noor berkata, lelaki berusia 38 tahun itu sanggup meninggalkan anak perempuannya yang berusia 4 tahun di bawah pokok berkenaan.

” Kita sebenarnya tak nampak pun dia di atas pokok tapi bila sampai kat pokok tu anak dia bagi tahu ayah atas pokok.

” Pihak AADK mengambil masa kira-kira 8 minit untuk memujuk lelaki berkenaan turun daripada pokok itu,”

Menurut Muhamad Farid, lelaki berkenaan positif dad4h jenis meth4mphetam1ne dan pernah ditahan sebelum ini.

Sementara itu, dalam operasi yang sama, pihak AADK Yan turut menahan sepasang suami isteri di sebuah rumah di Kampung Perupok yang juga positif dad4h jenis yang sama.

” Jumlah semua mereka yang ditahan ialah 10 orang dan kesemuanya positif dad4h dan berusia lingkungan 13 hingga 40 tahun,” katanya.

Muhamad Farid berkata, operasi berkenaan melibatkan beberapa buah lokasi seperti Kampung Perupok; Perigi; Bukit Besar; Sungai Daun; Ruat; Sedaka Tengah dan Kampung Batu 17.

Sementara itu seramai 16 pen4gih dad4h diberkas polis dalam serbuan yang dilakukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Lembah, Pinang Tunggal di sini pagi Sabtu lepas.

Ops Sarang yang bermula jam 7 pagi dan berakhir pada jam 6 petang itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) hasil risikan yang dibuat mengenai lokasi yang menjadi tumpuan pen4gih dad4h melepaskan gian mereka.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua pen4gih dad4h yang ditahan berusia di antara 18 hingga 50 tahun dan bekerja sebagai buruh serta penganggur.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dalam operasi berkenaan polis menemui pelbagai jenis dad4h antaranya her0in seberat 0.8 gram, dad4h sy4bu seberat 0.5 gram dan air ketum sebanyak 500ml dari lapan pen4gih yang ditangkap.

” Siasatan dilakukan mendapati kesemua dad4h yang ditemui untuk kegunaan mereka sendiri dan nilai dad4h yang dirampas sebanyak RM100.

” Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap mereka mendapati kesemuanya positif dad4h jenis methamphetamine dan morfin,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, kesemua pen4gih dad4h yang ditahan dibawa pulang ke l0kap IPD SPU untuk reman dan tindakan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Sek.12(2) Akta Dad4h Berbah4ya 1952, Seksyen 30(3) Akta R4cun 1952.

” Mereka yang ditahan dibawa ke pejabat AADK untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

Sumber: sinarharian / ASIA KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Sebenarnya Kami Tak Nampak Pun Suspek Tapi Bila Sampai Anak Dia Yang Cakap, “Ayah Atas Pokok”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*