“Sepatutnya Kami Bertunang Awal Bulan Januari Lepas, Namun …” – Fara Hezel Berpisah Dengan Kekasih

Penyanyi Fara Hezel akui sepatutnya melangsungkan majlis pertunangan dengan kekasihnya pada awal tahun ini.

Bagaimana pun, ia tidak dapat diteruskan kerana Fara berkata dia telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya itu selepas hampir dua tahun menjalinkan hubungan percintaan.

“Saya dengan dia sudah hampir lima bulan berpisah, sepatutnya kami bertunang awal bulan Januari lepas, namun majlis tersebut telah ditunda beberapa kali sebelum saya mengambil keputusan untuk berpisah.

“Pastinya dalam setiap hubungan kita mahukan kejujuran dan saya lihat perkara itu tidak ada pada dirinya mungkin disebabkan itu menjadi salah satu punca kepada perpisahan kami.

“Sekarang ini kami memilih untuk berkawan sahaja kerana saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa termasuklah bekas kekasih.

“Selepas daripada perpisahan yang terjadi itu saya mengambil masa selama dua bulan juga untuk menerima kenyataan dengan apa yang sudah berlaku,” katanya.

Kakak kepada Aiman Tino itu berkata demikian ketika majlis sambutan Aidilfitri dan ulang tahun kelahiran Aiman Tino, di Dewan T.K.R, Klang pada Khamis.

Sebelum ini, Fara pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi Erry Putra namun hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga masing-masing.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Sepatutnya Kami Bertunang Awal Bulan Januari Lepas, Namun …” – Fara Hezel Berpisah Dengan Kekasih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*