JOHOR BAHRU – Pertemuan antara keluarga pelajar dan guru yang terbabit dalam kejadian merotan di sebuah sekolah dalam bandar raya ini baru-baru ini berjalan dengan damai dengan kedua-duanya berlapang dada.
Exco Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, pertemuan antara kedua-dua pihak itu berlangsung di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Beliau berkata, kedua-dua pihak juga turut mengambil kesempatan memohon maaf antara satu sama lain selain mengakui kesilapan yang dilakukan.
“Pertemuan berjalan dengan lancar dengan kedua-dua pihak memohon maaf. Pihak pelajar juga telah menarik balik laporan polis semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Aminolhuda berkata, pendekatan perbincangan dan permuafakatan antara pihak-pihak terlibat juga telah dilaksanakan di peringkat sekolah dan PPD Johor Bahru bagi menangani insiden secara holistik.
“Bagi memastikan penyelesaian dibuat lebih adil, jabatan tidak seharusnya mengetepikan peraturan sedia ada yang berkuat kuasa di samping mengambil kira aspek kebajikan kedua-dua pihak guru dan murid.
“Jabatan memandang serius insiden ini kerana melibatkan kredibiliti profesion perguruan dan proses kemenjadian murid itu sendiri sebagaimana hasrat yang digariskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri bersama Jabatan Pendidikan Johor menyeru agar semua sekolah dan warga pendidik di negeri ini sentiasa memahami peraturan sedia ada agar dapat mengawal tindakan menangani disiplin murid secara tidak beremosi.
“Terima kasih diucapkan kepada PPD Johor Bahru dan pihak sekolah kerana cepat mengambil tindakan dengan mengadakan sesi permuafakatan antara yang terlibat yang membawa kepada penarikan balik laporan polis dibuat oleh ibu pelajar.
“Pihak sekolah juga diingatkan agar memastikan kejadian seumpama ini tidak akan berulang semula. Persefahaman berkaitan isu ini yang melibatkan kedua belah pihak telah dapat dijalankan dengan harmoni,” katanya.
Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi dua minit 28 saat menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru lelaki berikutan anak perempuannya dirotan.
Dalam rakaman itu guru berkenaan dilihat memberi penjelasan mengenai tindakannya merotan pelajar terbabit, namun dipertikaikan ibu berkenaan sambil menunjukkan kesan rotan pada tubuh anaknya.
Sumber: sinar harian
Setelah KANT0I keputusan exam, Ibu kepada pelajar dir0tan tarik balik laporan, polis tetap teruskan si4satan kerana ini..
Terdahulu, setelah kantoi result exam anak, Ibu m4ngsa r0tan tarik balik laporan polis. Tindakan ibu tersebut mengundang tanda tanya dikalangan orang awam sama ada kerana beliau baru sedar sikap anaknya tidak sesuai sebagai seorang pelajar @ disindir warganet.
Kejadian ini telah banyak membuka mata masyarakat dan ibu bapa dalam adab antara pelajar dan guru. Ramai ibu bapa leka dan sibuk dalam urusan menghantar ke sekolah dan mengharapkan anak mereka sekadar belajar dan bijak dalam akademik.
Namun, mereka lupa, ada perkara yang lebih utama perlu difokuskan dalam diri setiap anak mereka. Adab.
Anak yang pandai atau tidak dalam akademik, jika tiada adab terus terang menyusahkan orang ramai. Namun, jika mereka ada adab dan tahu moral dalam kehidupan, anak akan lebih beretika dan bijak membuat keputusan.
Perkara ini telah disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, ibu kepada pelajar perempuan yang mendakwwa seorang guru lelaki telah mer0tan anaknya sehingga berbiirat baru2 ini, telah menarik balik laporan polis sehari selepas laporan itu dibuat.
Walaupun laporan itu telah ditarik balik, pihaknya tetap akan meneruskan si4satan mengikut Seksyen 324 Kanun Kesksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecderaan.
Beliau berkata, penarikan balik laporan itu dibuat mungkin selepas kedua-dua pihak berbincang.
Ianya urusan peribadi
“Mungkin dia (ibu) ada perbincangan (antara keluarga dan sekolah). Dalam aspek itu, ia (tarik balik laporan) adalah urusan peribadi. Tetapi pihak polis tetap meneruskan sias4tan,” katanya.
Semoga ibu bapa lebih peka terhadap adab dan akhlak moral anak mereka saat berhadapan dengan orang ramai. Jika mereka sebagai ibu bapa sendiri, dihiina dengan seseorang yang telah mereka curahkan bantuan pastinya mereka berasa marah. Begitu jugalah tempat guru tersebut, seIembut mana pun hatinya, pasti terkesan dan marah kerana beliau penat mendidik anak murid tetapi hiinaan yang beliau dapat.
Sumber: Harian Metro via celotehsaje
Be the first to comment on "Guru, Ibu dan pelajar dir0tan akhirnya berdamai.."